Khamis, 26 Mac 2009

Keagungan cinta dan Cinta teragung


Apa yang berlaku di dalam hidup kita adalah merupakan ketentuan Allah S.W.T.
Dia yang maha bijaksana yang mengaturkan segala urusan di langit dan di bumi.
Kita tak tahu apa yang telah diaturkan Nya ke atas diri kita tetapi Allah S.W.T tidak
Pernah memzalimi hamba Nya. Dia hanya menguji tetapi itulah,kadang kadang kita
Tertewas dengan ujian Nya. Lantas kita tidak redha dengan apa yang berlaku,cinta
Pertama memang sukar dilupakan namum itu tidak bererti cinta yang dating selepas
Nya bukan cinta sejati. Setiap apa yang berlaku ini ada hikmahnya yang tersendiri
Mungkin Allah S.W.T hendak mengingatkan aku yang keagungan cinta kepada manusia
tidak seharusnya melangkaui keagungan cinta terhadap Pencipta kita.. Dia lebih
mencintai kita berbanding makhluk makhluk nya yang lain. Seburuk buruk dan sejahat
jahat kita dia masih mahu menerima taubat kita,sebaik baik manusia mahukah mereka
memaafkan kita...? Maka wajar lah kita kembalikan cinta yang teragung itu kepada Nya.

Tiada ulasan: