Isnin, 30 Mac 2009

Teman Yang Selalu Berada Di Sisi Aku


Aku akur dengan nasihat dan panduan yang shedah berikan. Aku mula mengubati luka di hati aku dengan memperbanyakkan amal ibadat. Bukan lagi sekadar memlaksanakan yang wajib semata mata tetapi juga amalan sunat, aku cari dan bina kembali harapan aku terhadap kehidupan dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan perlahan laha aku kembali menjadi tenang. Perlahan lahan juga aku cuba menjalinkan silaturrahim dengan
kawan kawan yang tidak mahu bertegur sapa dengan aku semenjak aku bergaduh dengan mereka dulu. Aku hubungi semula kawan kawan aku demi mengekalkan hubungan baik kami selama ini, aku kembali menjadi manusia yang hidup jiwanya dan aku sudah mampu tersenyum apabila rakan sepejabat aku mengusik dan bergurau senda dengan aku. Aku hanya menarik nafas panjang,lega dengan kebenaran kata kata shedah itu dan banyak lagi nasihat yang aku terima daripada shedah,shedah memang memahami keadaan aku sekarang walaupun kami hanya mengenali dalam internet...... Seketika aku terfikir, adakah pertemuan yang wujud diantara aku dan shedah bukan lagi satu kebetulan tetapi sebenarnya adalah satu peluang untuk kami mengeali hati budi masing masing. Peluang harus aku rebut agar aku dapat menjadikan peluang itu permulaan kepada kebahagiaan diri aku.

Sabtu, 28 Mac 2009

Bahagia tetap milik kita walaupun kita tidak lagi bersama


Aku menghela nafas dalam dalam,menahan rasa sedih yang kian menjadi jadi. Lantas aku
memejamkan mata,wajah ana terbayang bayang di layar fikiran dan ada senyuman di bibirnya. Manis sekali dan bayangan senyumannya itu kian menyemarakkan rinduku pada ana. Sungguh,sehingga ke detik ini aku masihmencintai diri ana. Tetapi aku tahu,tiada lagi cinta daripada ana untuk diri aku. Perit sekali rasa hati aku ketika ini. Apa gunanya harapan itu, andainya telah tiada ruang dan peluang untuk kami bersatu, sekaligus merealisasikan semua impian yang kami langkarkan bersama dulu.Wajah ana selalu muncul di ruang ingatan aku ini,mengingatkan aku kepada rasa hatiku yang kian sayu dan hampa tatkala ini. Sayu kerana aku kehilangan cintaku,hampa kerana aku terpaksa melupakan segala harapan dan impian yang aku bina. Semakin hampir dengan detik
kehilangan ana yang akan terukir secara rasminya, hati aku dicengkam gelora rasa dan pilihan yang ada pada aku hanyalah rasa rehda dengan segala yang berlaku. Aku menghela nafas panjang, membiarkan gelora rasa itu melemaskan aku ke dalam kesedihan yang menyakitkan di jiwa aku ini.....

Khamis, 26 Mac 2009

Haruskah ianya berakhir begini.....?




Aku sepatutnya lebih takut untuk kehilangan kemanisan cinta ketika menghadap Nya
di dalam sujudku daripada takut untuk kehilangan kemanisan cinta yang di dambakan
pada seorang manusia. Aku bentang sejadah itu, kemudian memijak hujungnya dengan perlahan lahan aku kukuhkan kaki ku tegak sebagaimana aku kukuhkan keyakinan aku
terhadap Nya dengan suara yang perlahan tetapi jelas aku lafazkan takbir. sekaligus
mengakui kesabaran Nya yang aku lupakan selama ini,malam ini aku kembalikan cinta
aku yang teragung itu kepada yang hak

Keagungan cinta dan Cinta teragung


Apa yang berlaku di dalam hidup kita adalah merupakan ketentuan Allah S.W.T.
Dia yang maha bijaksana yang mengaturkan segala urusan di langit dan di bumi.
Kita tak tahu apa yang telah diaturkan Nya ke atas diri kita tetapi Allah S.W.T tidak
Pernah memzalimi hamba Nya. Dia hanya menguji tetapi itulah,kadang kadang kita
Tertewas dengan ujian Nya. Lantas kita tidak redha dengan apa yang berlaku,cinta
Pertama memang sukar dilupakan namum itu tidak bererti cinta yang dating selepas
Nya bukan cinta sejati. Setiap apa yang berlaku ini ada hikmahnya yang tersendiri
Mungkin Allah S.W.T hendak mengingatkan aku yang keagungan cinta kepada manusia
tidak seharusnya melangkaui keagungan cinta terhadap Pencipta kita.. Dia lebih
mencintai kita berbanding makhluk makhluk nya yang lain. Seburuk buruk dan sejahat
jahat kita dia masih mahu menerima taubat kita,sebaik baik manusia mahukah mereka
memaafkan kita...? Maka wajar lah kita kembalikan cinta yang teragung itu kepada Nya.

Rabu, 25 Mac 2009

Tiada cinta lagi




Ketiadaan cinta itu membuat aku mencari dimana kesilapan diri...
Andai cinta tiada lagi, bebaskan lah diri aku dari penjara kekecewaan.
Kembangkanlah syap mencari hati yang baru, Andai cinta itu mati kita
tidak perlu mati bersamanya. Melainkan bersujud kepada Nya. Memang terluka
jika berpisah bukan dengan kerelaan hati,Andai Norahna untukku walau terlindung
di balik awan kita tetap bersatu. Jika bukan kepunyaan aku, walau dekat selalu kau
bukan milikku.... Keraa cinta,Norahna dan aku sama sama terluka.. Benarlah,hanya
yang mengalaminya shaja dapat merasai keperitan perpisahan itu. Kami jatuh dalam
luka yang sama dan bangun kembali demi rasa kecintaan itu, tiada lagi cinta bukan
bermakna kami harus menutup pintu hati melainkan percaya yang kebahagiaan itu tetap
ada

Kesedihan Yang Tiada Akhirnya


Hati aku sengsara,semangat aku hilang dan harapan aku melayang. Aku benar benar terasa kehilangan ana, walaupun aku memujuk hati Dan mengingattkan diri yang ana telah pergi meninggalkan aku dan Tak mungkin akan kembali bersama aku lagi. Terasa sukar juga untuk Aku menerima hakikat itu,bukan sehari dua kami bersama menyulam kasih Tetapi berbulan bulan. Ana telah menjadi sebahagian daripada sejarah Diri aku dan pada ana jugalah aku sandarkan harapan untuk mengenggam bahagiaTetapi kenapa terjadi sebegini….? Mudah benar ana membuat keputusan Dan memberikan luka yang bukan sedikit kepada hati aku. Tetapi aku Akur,kesalahan banyak terletak pada diri aku sendiri dan aku terlalu memandang Ringan perasaan seorang wanita dan kini aku sedang dilumatkan untuk Memperbaiki kesalahan diri tetapi aku tahu yang ana tidak akan mempedulikan Aku lagi. Aku pasti yang dia kini sedang memiliki kekasih baru,yang orangnya Pastilah jauh berbeza berbanding aku. Aku cuba berlagak seprti tiada apa apa yang Berlaku di hadapan semua orang,aku tersenyum dan ketawa tetapi ketika Bersendirian aku bagaikan hilang arah. Sukar rupanya hendak membuang

Bayangan orang yang tersayang,senyuman ana ada di setiap penjuru mata Dan aku sememangnya tidak mahu kehilangan senyuman ana dari pandangan Mata aku. Setiap malam aku habiskan masa aku dengan menulis dan merenung Gambar wajah ana.

Selasa, 10 Mac 2009

Epilog Cinta Ku

Epilog sebuah cinta
Ku ukir perlahan
Bertemankan tinta nan basah
Di atas sekumal kertas
Di malam hari
Yang di basahi titisan jernih dari angkasa

Epilog sebuah cinta itu bermula
Pabila ku buka hati ini buatnya
Bertakhta di sanubari ku
Janji kehidupan di catur
Antara aku dan dia
Penuh mesra,sayang,dan cinta

Namum
Semua itu bagaikan tiada lagi
Kehadiran insan itu
Menggamit suasana penuh emosi
Kenangan lama diungkit kembali
Cinta yang silam dibawa ke saat ini

Akhirnya
Semua telah berubah
Dia yang dulunya menyayangi diri ini
Kini berpaling tadah
Mengejar kembali cinta silam itu
Mengejar kembali insan
Yang merupakan Cinta pertamanya

Sedangkan aku
Hanyut di dunia aku
Kehidupan bagaikan tiada lagi
Masih terngiang kata-kata itu
Yang meniti di bibir dirinya
Saat meninggalkan aku
"saya bukan tak sayangkan awak,
tapi perasaan itu makin berkurang"

Epilog cinta itu
Kini berakhir
Dan aku
Membawa hati ini pergi
Jauh dan jauh.......