Rabu, 25 Mac 2009

Kesedihan Yang Tiada Akhirnya


Hati aku sengsara,semangat aku hilang dan harapan aku melayang. Aku benar benar terasa kehilangan ana, walaupun aku memujuk hati Dan mengingattkan diri yang ana telah pergi meninggalkan aku dan Tak mungkin akan kembali bersama aku lagi. Terasa sukar juga untuk Aku menerima hakikat itu,bukan sehari dua kami bersama menyulam kasih Tetapi berbulan bulan. Ana telah menjadi sebahagian daripada sejarah Diri aku dan pada ana jugalah aku sandarkan harapan untuk mengenggam bahagiaTetapi kenapa terjadi sebegini….? Mudah benar ana membuat keputusan Dan memberikan luka yang bukan sedikit kepada hati aku. Tetapi aku Akur,kesalahan banyak terletak pada diri aku sendiri dan aku terlalu memandang Ringan perasaan seorang wanita dan kini aku sedang dilumatkan untuk Memperbaiki kesalahan diri tetapi aku tahu yang ana tidak akan mempedulikan Aku lagi. Aku pasti yang dia kini sedang memiliki kekasih baru,yang orangnya Pastilah jauh berbeza berbanding aku. Aku cuba berlagak seprti tiada apa apa yang Berlaku di hadapan semua orang,aku tersenyum dan ketawa tetapi ketika Bersendirian aku bagaikan hilang arah. Sukar rupanya hendak membuang

Bayangan orang yang tersayang,senyuman ana ada di setiap penjuru mata Dan aku sememangnya tidak mahu kehilangan senyuman ana dari pandangan Mata aku. Setiap malam aku habiskan masa aku dengan menulis dan merenung Gambar wajah ana.

Tiada ulasan: