Sabtu, 28 Mac 2009

Bahagia tetap milik kita walaupun kita tidak lagi bersama


Aku menghela nafas dalam dalam,menahan rasa sedih yang kian menjadi jadi. Lantas aku
memejamkan mata,wajah ana terbayang bayang di layar fikiran dan ada senyuman di bibirnya. Manis sekali dan bayangan senyumannya itu kian menyemarakkan rinduku pada ana. Sungguh,sehingga ke detik ini aku masihmencintai diri ana. Tetapi aku tahu,tiada lagi cinta daripada ana untuk diri aku. Perit sekali rasa hati aku ketika ini. Apa gunanya harapan itu, andainya telah tiada ruang dan peluang untuk kami bersatu, sekaligus merealisasikan semua impian yang kami langkarkan bersama dulu.Wajah ana selalu muncul di ruang ingatan aku ini,mengingatkan aku kepada rasa hatiku yang kian sayu dan hampa tatkala ini. Sayu kerana aku kehilangan cintaku,hampa kerana aku terpaksa melupakan segala harapan dan impian yang aku bina. Semakin hampir dengan detik
kehilangan ana yang akan terukir secara rasminya, hati aku dicengkam gelora rasa dan pilihan yang ada pada aku hanyalah rasa rehda dengan segala yang berlaku. Aku menghela nafas panjang, membiarkan gelora rasa itu melemaskan aku ke dalam kesedihan yang menyakitkan di jiwa aku ini.....

Tiada ulasan: