Isnin, 30 Mac 2009

Teman Yang Selalu Berada Di Sisi Aku


Aku akur dengan nasihat dan panduan yang shedah berikan. Aku mula mengubati luka di hati aku dengan memperbanyakkan amal ibadat. Bukan lagi sekadar memlaksanakan yang wajib semata mata tetapi juga amalan sunat, aku cari dan bina kembali harapan aku terhadap kehidupan dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan perlahan laha aku kembali menjadi tenang. Perlahan lahan juga aku cuba menjalinkan silaturrahim dengan
kawan kawan yang tidak mahu bertegur sapa dengan aku semenjak aku bergaduh dengan mereka dulu. Aku hubungi semula kawan kawan aku demi mengekalkan hubungan baik kami selama ini, aku kembali menjadi manusia yang hidup jiwanya dan aku sudah mampu tersenyum apabila rakan sepejabat aku mengusik dan bergurau senda dengan aku. Aku hanya menarik nafas panjang,lega dengan kebenaran kata kata shedah itu dan banyak lagi nasihat yang aku terima daripada shedah,shedah memang memahami keadaan aku sekarang walaupun kami hanya mengenali dalam internet...... Seketika aku terfikir, adakah pertemuan yang wujud diantara aku dan shedah bukan lagi satu kebetulan tetapi sebenarnya adalah satu peluang untuk kami mengeali hati budi masing masing. Peluang harus aku rebut agar aku dapat menjadikan peluang itu permulaan kepada kebahagiaan diri aku.

Tiada ulasan: